16 Mar 2013
03:12
Annyeong! Akhirnya, dapat gak post entry baru. HAHAKS. Rindu nak mengadap laptop, blog, twitter, weheartit... Almaklumlah, kerja sekolah.. Uishh, banyaknya tak boleh nak cakap. Bertimbun-timbun hah. Dah la kena datang pagi hampir SETIAP  hari. Nasib baiklah tahun ni aku rajin. HOHO XD. 

Macam ni la aku kalau kerja sekolah dah siap. Huhu! Gembira tak terkata! HAHAks
Aku ada benda nak cerita ni! Hari tu kan.. Hmm, hari apa? Dah lupa daa~ Aku tak pernah cerita kan? Oke, ada seorang cikgu ni. Dia ajar aku MT. Apa yang aku tau, cikgu tu GARANG gila! Muka dia, aku tak tau macam mana dia senyum. Sebab aku tak pernah nampak dia senyum! Gila kan? Kalau dia buat lawak dalam kelas tu kan, aku tak tau la dia betul buat lawak ke tak.. Sebab bila aku rasa macam dia buat lawak, dia tak senyum/gelak pun! So, aku pun tak pasti nak gelak ke nak senyum. Last-last, aku buat la gak muka blurr.

Eh? Cerita belum start lagi. Yang perenggan atas tu, baru pengenalan. Cerita baru nak start ni..

Pada suatu hari, hujan yang lebat menyebabkan suasana sejuk dan aku lagi bersemangat nak belajar. Time tu, masa akhir iaitu masa MT. Cikgu 'tu' masuk dan kitaorang sekelas mula memberi salam. Kenapa skema sangat ni? 

Tiba-tiba, ada seekor kucing ni masuk kelas kitaorang. Pastu, dia pergi pulak kat meja budak sebelah aku, Panaa. Oke, kucing tu memang cari pasal ngan aku time tu. Kucing tu pun mula la merayap ke meja cikgu. Pastu, budak kelas aku, Zainur. Konon nak tunjuk hero la, angkat kucing tu kan. 

"Zainur! Jangan pegang kucing tu! Dia baru melepas. Basuh tangan kamu tu nanti."

Zainur terus campak kucing tu. Oke, time tu aku rasa macam nak gelak. Eh? Dah gelak dah pun tapi cover la. Tak pasal-pasal cikgu tu nampak pulak. HAHA. Yang buat aku rasa cam nak gelak lagi tu.. Tetibe je cikgu jerit.

"Get out! Get out of this class!"

Eh? Cikgu halau siapa dah pulak ni kan? Kucing tu ke? Hah! Memang cikgu halau kucing tu pun! Kucing tu pun, apa lagi. Pusing la pandang cikgu. Aku rasa time tu, mesti kucing tu fikir, "What? Kau halau aku?" Oke, yang ni dah gila. Kucing tu faham apa yang cikgu cakap ke? 

Bila cikgu nampak kucing tu masih pandang dia. "GET OUT FROM THIS CLASS!" Dengan perasaan marahnya, kucing tu pun keluar la. Oke, yang ni aku tak tahan. Amik kau, satu kelas tergelak kecuali cikgu tu. Muka dia ketat. HOHO

Begini la kisah kehidupan aku kat sekolah
Pengajaran? Gila kau takde?! Pertama, jangan sekali-kali angkat kucing yang datang entah dari mana. HAHA?! Kedua, cara nak menghalau kucing. Ada kat atas, cara-caranya. HOHO.



follower
blog archive
credit
Skin by Wanaseoby. Background taken from favim.com. Cute images taken from cute secrets
Ancora Imparo