13 Apr 2018
23:02
Kolej Matrikulasi Melaka , Londang .

Apa yang membuatkan KMM ni menarik adalah kenangan tu . Memang betul kenangan tu kita boleh dapat dekat mana-mana je . Pada saya , kehidupan di KMM ni banyak mengajar saya tenang kehidupan . Maklumlah , first timee duduk asrama.  3 hari tak dikira kan? kikiki So macam pelik la sikit sebab semua benda kena buat sendiri. Nampak tak manja nya disitu? Opps

Hari first datang KMM , hari pendaftaran , dah boleh jumpa ramai orang dah . Eh , mestilah ramai , kan semua orang nak daftar masukk . Hehehe . Okay berbalik kepada cerita kita tadi , masa ni la baru jumpa kawan dari negeri -negeri yang lain . Yang dari Kelantan ada , terengganu ada , pahang ada , Sabah pun ada tau . Jangan main-main . Sampai je KMM , barang-barang kita tu semua kita kena bawa sendiri naik ke blok . Tarik la ko beg ko yang berat tu pergi ke blok ko sendiri . Kalau jauh blok dari tempat parking , hah exercise la kamu semua . Muahahaha. So , hari first tu  hangpa semua akan berpeluh teruk sebab nak uruskan barang lagi .

Meh saya cerita pengalaman hari pendaftaran di KMM . Saya dapat asrama di Kluster B . Kluster B ni agak jauh ye dari Guard House . Lebih kurang 300 meter macam tu . Masa tu , ayah saya parking dekat dengan Guard House . So , lepas siap turunkan barang semua , tariklah kami tiga beranak beg yang banyak dan berat (dah macam lari dari rumah pun ada ) tu ke tempat pendaftaran . Beg saya ada lah dalam 5/6 buah beg . Satu darinya adalah beg makanan . Ni wajib gais . Lepas selesai daftar , sambung lagi perjalanan menarik beg ke blok pula . Masa tu ada je van disediakan untuk bawa pelajar ke blok masing - masing . Tapi ramai sangat orang dan malas nak tunggu lama , jadi kami pun berjalan kaki ke blok . Lagi pun tak jauh sangat dari tempat pendaftaran tu . Sampai je ke blok ,saya keliru , ni blok ke iglu ke bangunan harry potter . Saya terjeda seketika .  Nak dijadikan cerita lagi,  saya dapat bilik di TINGKAT 4 . Ulang suara ..tingkat 4 gaisss . Saya dengan muka redho tu , hah angkut la beg tu ke bilik . Saya orang first sampai bilik . So dengan excitednya , pilihla tempat mana nak duduk . Lupa dah penat ulang-alik naik 4 tingkat angkut beg besar tu .


Minggu pertama (minggu oreantasi) , bermulalah kehidupan sebagai pelajar Kolej Matrikulasi Melaka . Jeng jeng jeng.

Mesti macam pelik kan, awat skema nau bahasa blog ni kahkahkah. Maklumla, member first time menaip kat blog hahaha. Member merangkap soulmate saya is Mishaku Sayang. So, be nice okay?



#kmmdihatiku #kolejmatrikulasimelaka #KMM


follower
blog archive
credit
Skin by Wanaseoby. Background taken from favim.com. Cute images taken from cute secrets
Ancora Imparo